Sunday, April 10, 2011

bacer lah......

Jika soalan-soalan ini anda jawab, "eleh ini budak darjah 4 pun tahu."  Ataupun kita kata tak ingat kerana kali terakhir belajar dan terdengar sirah Nabi pada umur 10 tahun. Atau anda berasa ini tidak penting kerana merasa sudah cukup dengan ibadat selama ini? Maka, ini lah menunjukkan kita sangat jauh dengan Nabi.


Mungkin soalan ini paling tepat dengan kita...Layakkah kita mendapat syafaat Nabi semasa akhirat nanti? Layakkah kita meminum air telaga Kauthar sebagaimana dijanjikan oleh Allah pada surah Al-Kauthar yang mana pada hari itu tiada dah air COLA-COLA, air ABC di sisi kita...?? Layakkah kita bertemu dengan Nabi?? Kenalkah Nabi dengan kita walaupun mengaku bahawa kitalah umat Nabi Muhammad tetapi sirah Nabi pun kita tidak tahu??

Cuba kita bayangkan jika Rasulullah tiba-tiba datang ke zaman kita. Tidak perlu kita bayangkan kita kembali ke zaman Rasulullah, tetapi Rasulullah melihat di dinding rumah kita penuh dengan poster-poster artis, di dalam MP3 kita penuh dengan lagu-lagu INGGERIS berbanding AL-QURAN 30 JUZUK.
Kemudian Rasulullah masuk ke bilik kita, baginda melihat pula buku-buku di rak dipenuhi dengan komik-komik dan majalah-majalah yang tidak menutup aurat berbanding dengan Al-quran yang sudah BERHABUK tidak disentuh. Kemudian di dalam komputer riba pula penuh dengan cerita-cerita drama KOREA berbanding KISAH SIRAH RASULULLAH...

Kemudian baginda menangis melihat umatnya....

Pada masa itu layakkah kita yang mengaku cinta kepada Rasulullah memeluk baginda?? Tidak malukah kepada Rasulullah?? Jika kita rasakan pada waktu itu kita malu hendak membawa Rasulullah ke rumah kita, maka kita sendiri sudah tahu sejauh manakah kita cinta dan sayang kepada Nabi Muhammad...


Jika selama hidup kita tidak pernah  menitiskan air mata kepada Rasulullah, agak-agak inginkah baginda memberi air di telaga Kauthar pada kita?? Mungkinkah ketika Malaikat Mungkar Nakir bertanyakan kita siapakah Nabi kamu?? Mampukah kita menjawab soalan itu???

BANGKIT!! BANGKIT LAH WAHAI MANUSIA.........

No comments:

Post a Comment